azithro325.blogspot.com

  • Berdua

    Bercuti Bersama

  • Aliquam vel dolor vitae dui tempor sollicitudin

    Proin ac leo eget nibh interdum egestas? Aliquam vel dolor vitae dui tempor sollicitudin! Integer sollicitudin, justo non posuere condimentum, mauris libero imperdiet urna, a porttitor metus lorem ac arcu. Curabitur sem nulla, rutrum ut elementum at, malesuada quis nisl. Suspendisse potenti. In rhoncus ipsum convallis mauris adipiscing aliquam. Etiam quis dolor sed orci vestibulum venenatis auctor non ligula. Nulla ...

  • Nam ullamcorper iaculis erat eget suscipit.

    Gambar ini semasa bercuti ujung tahun 2010

Archive for 2010

A'salam...kawan seperjuangan...dah lama rasa tak bersua dalam blog coretan hati ini...bukan sibuk tapi agak menyibuk ngan urusan sendiri kebelakangan ini...

Hari ini sudah masuk hari ke12 arwah abah pulang ke Rahmatullah...sudah ketentuan ilahi...dan kami sebagai ahli keluarga sedar dan redha dengan ketentuan dan belajar terima setiap...takdir ilahi... Namun ketidaan tetap dirasai....

Kenduri yasin hari ke7 dilakukan, dirumah keluarga menjemput kumpulan yasin perempuan, manakala di Masjid Bukit Siput Segamat kumpulan yasin lelaki...maaf aku pohon pada kawan2 yang aku tak sempat jemput ke kenduri tersebut... aku sendiri tak dapat menghadiri kenduri tersebut kerana masih di JB meneruskan pembelajaran.... Doa buat abah tersayang sentiasa aku panjatkan pada ilahi....agar dia sentiasa tenang di sisiNYA.....

Terkadang aku masih tidak percaya dengan kehilangan ini...sungguh cepat...masih
terngiang-ngiang suara abah menelefon aku 2 hari sebelum arwah menghembuskan nafas yang terakhir...suara yang amat perlahan...ada ketika aku sendiri tidak faham butir bicaranya.....

Kehilangan masih terasa....aku memikirkan sudah cukupkah pengorbanan dan tanggungjawab aku sebagai seorang anak.....dalam melayan kerenah seorang abah....

Abah aku seorang yang tak banyak bercakap......ada2 masa dia suka bergurau....dan bual2 kosong tentang perkara harian...paling abah suka komen pasal cerita kat tv...layak jugakk dia sebagai pengkritik bebas....

Abah dikesan menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi lebih kurang 10 tahun lalu... Rawatan sentiasa diteruskan di Klinik Kesihatan....

April 2009 Abah mengadu sakit dada berberapa hari...kemudian beliau dimasukkn ke hospital disebuah daerah di Johor selama 6 hari....abah disahkan menghidap penyakit baru iaitu Uns. Angina....bermakna abah seharusnya lebih serius dalam menjaga kesihatan....tetapi abah seorang perokok yang tegar....

Selepas Raya Haji 2009...aku perasan perubahan bentuk badan abah....perut lebih buncit....aku pujuk abah buat USG Abdomen di Hospital Swasta di Melaka....
Keputusannya...abah menghidapi penyakit berkaitan Hepar ( Cirrosis Of Liver)

Jan 2010 Abah dimasukkan ke wad...disebabkan dia tak selesa dengan perut yang semakin besar....dengan ubatan selama lebih kurang 6 hari abah kata keadaannya dah berkurangan...dengan persetujuaannya abah dibenarkan pulang...

Disamping rawatan moden, abah juga ada ikhtiar rawatan tradisional....mungkin setiap rawatan ada kebaikkan dan keburukan..keserasian dan keberkesanan....

Selepas 2 minggu abah pulang dari hospital...dia mengadu keadaan sakitnya berulang....sekali lagi abah dimasukkan ke hospital....kali ini keadaan abah agak lemah...kurang selera makan....lebih banyak berbaring dari menyembang dengan rakan2 bersebelahan katil....sesekali abah keliru....

Melalui seorang rakan aku diberitahu yang abah tidak makan sudah 2 hari...aku (berada di JB) cuba telefon abah...tetapi abah tidak mahu berbual denganku dengan alasan letihh...hati anak mana yang tak meruntun...apabila seorang abah yang selalunya mencari aku dalam menyelesaikan masalah kesihatannya...tetapi kali ini tidak mahu berbicara....

Doktor telefon meminta kebenaran agar dimasukkn tiub jika abah terus tidak makan.... Syukur...doa aku dimakbulkan Yg Esa...malam aku telefon, abah ingin berbual denganku....aku pujuk agar abah mengambil minuman berzat jika abah tiada selera....dia bersetuju....

Keesokkannya lebih kurang jam 9am...doktor menelefon memberitahu abah mohon untuk pulang kerumah....urusan balik selesai dalam pukul 12.30pm...

Ketika dirumah..kedaan abah sedikit baikkk...mungkin betul kata adikku abah rindukan mak...kedaan abah sangat berbeza...lebih bersemangat....

Namun kedaan abah tidak selamanya baikk...kesokkannya...abah sudah semakin keliru....langsung tidak mahu makan dan minum....keliru.... Mendengar keadaan abah yang semakin serius aku minta untuk pulang......aku sampai Segamat jam 615pm

Selesai urusan keluarga (anak2 )....aku menjengok abah dirumah mak.... Aku memanggil abah...dia menyahut...Hmmm....tetapi keadaan abah sangat lemah.... Aku bacakan surah yasin dan mengajarnya mengucap.....

Mungkin dengan alasan tidak mahu keadaannya terus disakitti...kali ini aku tidak bawa abah kehospital.... Keadaan abah makin tenat ketika jam menunjukkan 235am....

Abah menghembuskan nafas terakhir ketika jam menunjukkan 530am ditemani isteri, anak2, cucu (anakku) dan menantu ( suamiku).....perasaan sedih menyelubungi...apabila kusedari abah sudah tiada disisi....ungkapan abah tiada kupanggil lagi....

Jenazah dikebumikan selepas solat jumaat....sebagai anak2...kami mendoakan rohnya ditempatkan bersama insan2 yang beriman disisiNYA.....semuga segala kebaikkn dan amalannya mengiringinya.


Hari ni ntah nape...mangun jer dari tdo cheq dah rasa sebabkkk...sayuuu,tapi cheq masih meneruskan kerja2 harian sebagai is3 dan mama kepada anak2 cheq ( menyediakan keperluan hari k2 ank2 cheq ke taska ).

Cukup masa nak hantar ank2 p sekolah...air mata dah bgenang...semlm cheq tabah jugak tgk ragam dorang yg xnak p taska...iyelah tempat baru, kawan-kawan baru dan cikgu pun baru. Suai kenal xder terus jer start blajar...mungkin cara tu dorang berkenalan.

Sampai kat sana cheq hantar terus dorang kat dalam,ibu bapa yang lain cheq tgk hantar kat pintu jer...ader yang meraung2 bagai nak rak...tapi mujur gak ank2 cheq ok...dlm 5 min cheq kat dalam taska tu...cheq pun cakap kat ank2 cheq "dah mama blk k,t ptg mama ambik kat al-abid ( taska transit ) heh?!'' Dah tu ank cheq alliya cakap " adik nk mama tunggu adik lama sket"

Ntah nape hati ni jadi sayu...airmata dah nak menitik...tapi cheq control ayu ag...huhuhu. Cheq terus jalan kua...tapi ank2 cheq ikut lak....kat lua..cheq peluk dorang...macam2 dia pesan kat cheq dan dia nak cheq bagi respon kat dia...tapi sebab perasaan sebak tu lebih bnyak menguasai diri jadi cheq xlih nk cakap.

Anak cheq allisya cakap " nape mama xnak cakap ngan kakak?,mama ckp lah ngan kakak " cheq cuma mampu geling dan angguk kepala, ank cheq terus cakap " mama xsayang kakak ke? " airmata cheq dah xpayah suruh terus kua mengalir laju...pastu ank2 cheq nangis lak...hadooiiii..kalahlah cheq :-(.

Dalam berpeluk dgn ank2 cheq konon nak cover line takut husband cheq nampak, eh! dia nmpak jugak. Dalam hati dia mesti dia marah cheq sebab p tokok tambah drama pagi tadi....tapi apa leh wat...itulah perasaan yang azali dan perlu ader dalam setiap hati2 ibu...naluri mama???!!!!!!!

Lepas cium anak2 cheq,cheq terus kua dari perkarangan taska tu, husband cheq la yang handle dorang ngan cikgu2 kat taska tu...cheq rasa lagi lama kat situ cheq takut cheq yang menang tempat juara nangis kat taska.

Tapi yelah bdk sebenarnya bila ada mama dan ayah, drama dorang lebih berjaya...dalam sejam cheq tinggalkn dorang...cheq call taska balik tanya...rupanyer dorang nangis kejap jer...pas cheq ngan husband jalan dorang dah oke...dah bleh main2 ngan kwn2 lain.

Sok cheq xhantar ank2 sebab cheq dah kerja, tapi cheq sentiasa mendoakan ank2 cheq mudah dan sedia terima benda baru dalam kehidupan dorang...yang penting kita sebagai mama dan ayah dan insan yang paling dekat perlu bimbing mereka untuk mereka berjaya hari ini..bagi bekalan masa hadapan...insyAllah.

Seceria pagi ni diharap semua rakan kwn dan taulan cheq shat hendak nye... WAh! dah lama cheq tak post cerita atau story untuk tatapan bersama...mcm ramai sgt follower hehehe...xkaysahlah...yang penting cheq puas dengan satu sudut ini...

Last sekali cheq post story kalo xsilap ujung bln tahun lepas...huhuhu mcm dah lama sgt tahun lepas itu berlalu. Masa xbraper mengijinkan cheq...maklumlah bnyk benda yang nk diuruskan sebelum cheq p sambung blaja...tambahan pulak abah cheq xbraper shat...tgkkan keadaan abah cheq...berat rasa hati..YaAllah berilah kekuatan kepada hambamu ini...menghadapi walau seinci dugaan yang Kau berikan...

Tahun lepas baru 3 hari berlalu...tapi bagi yang mengecapi tuah dan kebahgiyaan tahun lepas rasa mcm xhendak mase tu pergi mcm tu aje...perit rasa hati melepaskan kenangan yang indah itu..tapi..yelah masa sentiasa berlalu meninggalkan kita dengan kenangan2 yang tak mungkin dilupakan....tapi bagi yang mempunyai kenangan pahit...rasa hati mahu dibuang jao2..bersama masa yang berlalu tanpa sedikit pun kenangan...untuk mamberi ruang pada diri bangun dan bangkit membina jati diri yang baru..

Perjalanan perlu diteruskan walau ape punn yang mendatang...

Semuga tahun ini membawa sejuta makna dan kebaikkan kepada semua...walau dimana pun kita kewajipan kita kepadaNya perlu dilaksanakan..